Hari Menjala Sedunia

Saturday, June 20, 2015




Assalamualaikum. 

Nak dijadikan cerita, last week my husband bawak balik kari ayam dengan pulut kuning. Katanya ofis bagi. Sampai rumah excited lah nk rasa pulut kuning. Sekali bukak bungkusan, pulut dah lembik. Memang dah tak boleh makan. Yelah bagi pon masa tengahari kn. Huhuhu. Memang tak ada rezeki la nk mkn pulut kuning haritu. Tapi kari ayam dia still elok. So tiba2 rasa nk makan roti jala cicah kuah kari la pulak (tu pun sbb fikir senang nk buat.hehe)

So, menjala la petang tu sebab nk hbskan kari ayam. Ni resepi roti jala paling senang dan yang penting sedap. 


Bahan-bahannya:

3 cawan tepung gandum
3 cawan air + santan/susu (saya campur sedikit sahaja santan)
2 sudu minyak masak
garam secukup rasa
sedikit kunyit
1 biji telur


Cara-cara nak buat roti jala:

1. Blendkan semua bahan2 kat atas sampai sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan satu senduk dalam acuan. Kalau keluar tak putus-putus maknanya dan boleh dijala la tu.

2. Lepas tu menjala la atas kuali non-stick (guna kuali biasa pon bole). Biar kan beberapa ketika. Agak-agak dah masak terus angkat dan gulung (in which dalam situasi saya, saya lipat je)

3. Ulang sampai habis adunan.

4. Siap untuk dimakan dengan kari ayam. 

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images